Tuesday, 17 May 2011

TIPS KESIHATAN




info diet seimbang


Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol dalam diet anda ialah: * Pilihlah daging atau ikan yang tidak berlemak * Buang semua kulit dan lemak-lemak yang kelihatan dari daging atau ayam * Kukus,bakar atau panggang daging dan ikan.Kemudian letakkanya di atas rak untuk membolehkan lemak-lemak mengalir keluar dari makanan.Pastikan juga jangan menggoreng makanan anda. * Pilihlah buah-buahan dan sayuran yangjavascript:void(0) segar.Pastikan anda kukus sayuran anda dan jangan menggoreng. * Gunakan periuk yang tidak melekat atau penyembur sayuran untuk menggoreng * Gunakan rempah ratus dalam makanan yang telah lama yang bukan sos,mentega atau marjerin. Oklah pembaca sekalian,pada kali saya kongsikan lima tip dahulu.InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa lagi tip dalam artikel yang seterusnya.Ada sesiapa yang ingin menambah?Bolehlah kongsikan melalui ruangan komen di bawah. Untuk tidak ketinggalan artikel akan datang,anda boleh juga melanggan artikel-artikel saya melalui emel.Jumpa lagi. Selamat mencuba tip di atas :-)


Artikel Mengenai Sistem Imun Badan


Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq) menjadikan manusia sebagai satu kejadian yang sempurna. Bagi melindungi manusia dari serangan mikroorganisma yang menyebabkan penyakit, Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman), Yang Maha Penyayang (A-Rahiim) dan Yang Maha Penganugerah (Al-Wahhaab) menganugerahkan kita dengan satu sistem yang begitu canggih dikenali sebagai sistem imun. Sistem imunlah yang memisahkan kita dengan kematian akibat penyakit berbahaya.

Untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu menjaga kesihatan sistem imun. Langkah pertama ke arah tersebut ialah belajar atau mendapatkan maklumat mengenainya. Di bawah disenaraikan artikel berkenaan sistem imun untuk pengetahuan anda:







Jika anda masih tercari-cari produk apakah yang paling tinggi parutus DAYA KETAHANAN BADAN-imun sistem Saya nasihatkan anda supaya ambil lah produk
TRANFER FACTOR ini kenana
produk ini walau pun baru sahaja bertapak di negara kita ini tetapi peratus daya ketahanan atau imun sistemnya sangat-sangat
tinggi pratusnya setakat ini belum ada saingan INI ADALAH BERITA BAIK UNTUK KITA
sebab kita telah temuinya jadi ambilah manfaat ini untuk kita gunakan untuk
jangka hayat hidup kita senang kata duit boleh di cari tatapi nyawa tiada bandingannya..

DIJAMAIN HALAL DAN PRODUK TERBAIK













Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?




Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Followers