Monday, 4 July 2011

CINTA




9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan



1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Friday, 1 July 2011

Erti persahabatan

1. Persahabatan adalah satu satunya pintu kebebasan kita.Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri sekali pun,tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat.Persahabatan yang jujur adalah salah satu tangga kenaikan.

2. Supaya beroleh sahabat,hendaklah diri sendiri layak buat disahabati orang.

3. Sahabat mu suka pada mu, tetapi tidaklah tiap tiap orang yang suka kepada mu itu adalah sahabat mu.

4. Kesenangan hidup mu adalah memperbanyak teman,tetapi bukti persahabatan yang setia ialah diwaktu kesukaran.

5. Yang semulia mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat mu sebelum dikatakan.Dan perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.

6. Kalau mempunyai banyak sahabat, janganlah jadi sahabat untuk seorang sahaja.

7. Kalau sahabat mu tertawa,hendaklah dikatakan apa sebab dia senang , kalau sahabat mu menangis,engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

8. Jika engkau memberi sesuatu pada sahabat mu,bererti memberikan kepada diri mu sendiri.

9. Bila orang telah merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia yang sanggup membuka matanya.

10. Teman yang 'berudang disebalik batu' adalah seumpama anjing ditepi jalan,yang ditujunya hanya tulang yang akan dilemparkan kepadanya,bukan tangan yang melemparkan tulang itu.

:)

Hidup bermasyarakat

Dulu, ketika masih di sekolah dasar, guru seringkali mengajarkan agar kita selalu hidup bermasyarakat, mengenal tetangga sebelah rumah, mengenal tetangga di gang atau kampung sebelah, bahkan kalau bisa mengenal orang-orang satu desa, satu kecamatan, mengenal teman kita satu kelas, satu sekolah. Beliau juga menerangkan tujuannya agar kita bisa saling bantu, saling tolong menolong jika terjadi kebakaran, kebanjiran, atau kesusahan hidup lainnya.

Oleh sebab itu hampir sebagian masyarakat berpendapat, tujuan hidup bermasyarakat : agar kita bisa saling tolong-menolong.

Pemahaman seperti itu sudah begitu mendarah-daging dalam perikehidupan dan kultur masayarakat kita. Mungkin masyarakat Modern (baca:Barat) yang nota-bene individualistis, agak sedikit asing dengan kultur tersebut apalagi yang berprinsip bahwa kitalah yang menentukan hitam-putihnya warna hidup kita, hanya kitalah yang bisa menolong diri kita sendiri. Dan alhasil hanya dikotomi itu yang ada dalam alternatif kita.

Mungkin alasan kita tidak salah dan itu cukup baik, dan sama sekali tidak jelek. Akan tetapi seringkali kita melontarkan perkataan seperti ini ;

“Ih.. sebel aku sama Ibu Anu, hampir tiap hari Dia minta bumbu dapur, minta bawang putih, garam, cabe, bahkan kadang-kadang malah pinjam tabung gas, kalau kebetulan lagi masak gasnya habis, tapi kemarin, saya pinjam mixer aja nggak di kasih, alasan rusak lah… sebel aku ..! pokoknya kalau besok dia minta apa-apa lagi saya bilang nggak ada…!!”

“Wah..! Aku dulu sering lho.. membantu sewaktu dia dalam kesusahan, tapi giliran aku yang minta tolong, dia malah pergi, Menyesal aku jadinya…”

“Dulu kamu sewaktu belum kerja minta tolong sama saya, tapi setelah kamu masuk diangkat kerja disini, jangankan sekarang membantu saya yang sedang dalam kesulitan, kok ini malah membantu SPSI untuk menuntut saya mundur….”

Masih banyak gerutuan lain seperti itu yang sering kita dengar, bahkan mungkin kita lontarkan. Inikah efek jelek dari kultur tolong-menolong..?

Ada satu ajaran yang rasanya cukup baik dijadikan alternatif, misalnya saja : tangan diatas lebih baik dari pada tangan dibawah. Atau suatu ajaran sufi : pada tahap awal kesufian untuk membersihkan dirinya, para calon sufi itu lebih mementingkan diri untuk tidak berbuat jahat (dosa) daripada harus berbuat baik, yang bisa dikembangkan menjadi : lebih baik tidak meminta daripada harus memberi.

Jadi, bagaimana kalau kita ubah saja tujuan kita hidup bermasyarakat..? bukan lagi untuk bisa saling tolong menolong, tapi kita hidup bermasyarakat agar kita bisa menolong orang lain…!! Titik..!!. Lalu apakah hanya orang kaya yang bisa hidup bermasyarakat..? sebab hanya dia khan yang bisa menolong…?. Ingat perkataan Ir. Sukarno (yg saya kutip dari tulisan seseorang di Jawa Pos) : “ Sekuat-kuatnya seseorang suatu saat butuh pertolongan, dan selemah-lemahnya seseorang suatu saat dia bisa menolong orang”

Mudah-mudahan saja dengan motif bermasyarakat seperti itu akan dapat memperbaiki dan menyegarkan serta menghidupkan kembali struktur kehidupan masyarakat kita yang lebih dinamis, bersih, dan tidak anarki seperti sekarang ini.

Atau bahkan mungkin malah tidak akan ada lagi rakyat kita yang hidup bermasyarakat lagi..? kalau saja itu terjadi maka bencana buat negara kita..! sebab hal itu dapat dijadikan barometer bahwa : “Ternyata masyarakat kita sebenarnya tidak pernah ikhlas membantu sesamanya…!!” Hanya tuhan yang tahu………

ARTIS


Gambar Diana Danielle serba pink


Tag: Artis Seksi, Diana Danielle, Farid Kamil, Gambar Artis, SunSilk
Wah Diana Danielle kini dah tamat belajar di Akademi di US. Memang Diana dah bawa satu pelajaran yang bermakna buat dirinya. Tengok balik-balik Malaysia, dah kena jemput jadi model kempen untuk produk penjagaan rambut terkenal, Sunsilk. Bertuah badan nampak. Baju pun warna merah jambu, sesuai sangatlah dengan Diana yang comel tu, kelihatan bertambah comel lagi DD. -gambar Budiey | ManggaOnline










Zain nafikan hubungan cinta Shahir, Rozita Che Wan




Zain nafikan hubungan cinta Shahir, Rozita Che Wan
Pelakon baru yang juga kawan rapat Shahir, Zain Saidin mendakwa yang Shahir dan Rozita Che Wan tidak bercinta. Sebab Zain ni rapat dengan Shahir kiranya, maka dia tahu serba sedikit mengenai kehidupan Shahir tu. Malah Zain juga beranggapan dirinya kini rapat dengan Rozita Che Wan, kalau ada yang bertanya kepada...

Tidak tahulah siapa sebenarnya kekasih Rozita ni, samaada Shahir yang ramai peminat tue atau pelakon baru, Zain yang serba kacak bak orang putih. Tak pun mereka berdua ni kawan rapat Rozita jerk kot, sebab kedua-duanya cuma bertemu dengan Rozita dalam satu set drama. Haish semakin bingung sudah mengenai gosip ni, baru jerk nak mengiyakan hubungan cinta Shahir dengan Rozita beberapa hari yang lalu, kini timbul pula penafian oleh pihak ke-3.. Tapi Zain menafikan dia cemburu, sebab dia nak beritahu perkara yang sebenarnya sahaja. Semua ni sinopsis untuk majalah ManggaOnline edisi Jun 2011.. Zzzz.


Gambar Tiz Zaqyah yang cun melecun!



Tag: Gambar Artis, Nur Kasih, Pelakon, Tiz Zaqyah
Bukan main manis lagi gambar Tiz Zaqyah dalam gambar di bawah ni. Sampai tak tahu nak kata apa da mulut dibuatnya. Memang mengoda juga keimanan dibuatnya. Korang nak tahu sangat erk? amboi2 lelaki tue cepat juga nak buka post ni yer. Hehe. Jangan lupa saksikan NurKasih The Movie pada 19 Mei ini, filem ni pasti gempaq la, Fan kat FB pun dah cecah 60,000 fan. apa-apa pun, korang layan lah dulu ok.







Followers